Sue dan Mie

Keris di pinggang raja sehari,
Labuci kemerlap pakaian permaisuri,
Tersenyum manis tak henti-henti,
Tercapai sudah impian di hati.

Duduk mempelai atas pelamin
Bagai pinang dibelah dua
Sempurna sudah sunah muslimin
Dunia akhirat kekal bahagia.


Ina dan Fit

Sungguh meriah hari persandingan,
Riuh rendah suara jemputan,
Kompang dipalu menjadi iringan,
Pengantin diarak ke pelamin persandingan,
Singgahsana yang indah lagi mahal tiada tandingan,
Tetamu yang hadir menjeling makanan,
Semuanya gembira meraikan pasangan,
Pengantin baru yang sudah lama berkenalan,
Baru diijabkabulkan di masjid semalam,
Kini tiada lagi halangan nak bergurauan.


Syira dan Mohd Redzuan

Bila mata bertentang mata,
Lidah kelu hilang suara,
Bila sudah seiya sekata,
Kata sepakat jumpa keluarga.

Sempurna sudah sunah muslimin
Ijab kabul lafaz berayat
Semua doa kita mengamin
Semoga kekal keakhir hayat.



Nana dan Edy

Merisik sudah bertunang pun sudah, 
Nikah dilafaz sunnah diwarisi,
Termeterai sudah janji bermadah,
Majlis pernikahan kini dirai.